Kapak Siam

Kapak Siam atau nama tempatannya, kapak kecil Kelantan adalah secara umumnya, kapak kecil yang bersaiz kira-kira sejengkal yang dicipta khusus untuk disorok dalam genggaman tangan, dengan kegunaan utamanya adalah sebagai senjata dilontar. Kapak kecil menjadi kegemaran ramai suatu masa dulu di Kelantan kerana ia senang di bawa dan pelbagai guna, sama ada untuk senjata dan boleh digunakan untuk kerja-kerja harian yang agak ringan.[1] Mata kapak yang kecil dan tangkainya yang pendek memudahkan ia disembunyikan dalam genggaman sebelum dibaling pada sasaran tanpa menarik banyak perhatian. Kepala kapak yang berat itu mampu memecahkan tempurung kepala mangsa dan membunuhnya. Ia juga digelar kapak bungkus atau kapak terbang kerana ia merujuk kepada cara kapak itu digunakan semasa menyerang. Menjelang masa, istilah Kapak Siam adalah lebih popular di kalangan penduduk luar dan telah digunakan bagi manggambarkan kesemua jenis kapak kecil yang ada.Kapak Siam menjadi senjata kegemaran golongan samseng, kaki gaduh atau 'gedebe' kerana saiznya yang kecil memudahkannya diselit pada lilitan kain di pinggang atau semutar iaitu kain lilitan kepala lelaki.